SEJARAH ASAL-USUL DAN KEGIATAN EKONOMI CHETTIAR DI TANAH MELAYU.


Chettiar Di Tanah Melayu

Nama Ceti atau Chettiar adalah sinonim dengan aktiviti peminjaman wang di Tanah Melayu. Namun ramai tidak mengetahui bahawa komuniti Chettiar turut melibatkan diri dalam perdagangan candu, insuran dan bidang ekonomi komersial seperti perladangan getah serta perlombongan di Tanah Melayu. Kedatangan komuniti Chettiar ke Tanah Melayu tidak dapat diberi satu pentarikhan yang khusus, tetapi rekod British mempunyai catatan tentang kehadiran dan kegiatan mereka pada abad ke-19 dan ke-20. Abad ke-19 menyaksikan perluasan kegiatan British di Asia Tenggara dengan penguasaan Singapura pada 1819 dan seterusnya perluasaan kegiatan perdagangan melalui perjanjian-perjanjian perdagangan seperti Burney (1826) di negeri-negeri Melayu, Bowring (1855) di Thailand dan Perjanjian Yandaboo (1826) di Burma. 

Perluasaan perdagangan membuka ruang bagi pengaliran modal asing di rantau Asia Tenggara. Peluang ekonomi yang sedia wujud di koloni-koloni British di luar India menjadi faktor tarikan bagi komuniti Chettiar untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Mulai pertengahan abad ke-19 hingga abad ke-20, dasar laissez-faire British telah memberi peluang kepada komuniti Chettiar untuk melibatkan diri dalam industri perladangan getah dan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Antara 1870 hingga 1880-an, komuniti Chettiar membiayai sepenuhnya perdagangan candu di Singapura dan Pulau Pinang. Pada akhir abad ke-19 sehingga pertengahan awal abad ke 20,komuniti Chettiar merupakan pembekal utama kredit kepada pengusaha Cina yang membuka hutan di Tanah Melayu bagi mengusahakan tanaman getah dan melombong bijih timah. 
Tan Chay Yan (penanam pokok getah pertama di Melaka) dan Tan Cheng Lock, mendapat pinjaman wang daripada komuniti Chettiar untuk membangunkan industri getah di Melaka. 

Pada masa yang sama, komuniti Chettiar juga turut melibatkan diri dalam industri getah.
Di Melaka sahaja komuniti Chettiar telah memiliki 50,000 ekar tanah ladang getah. Komuniti Chettiar turut meminjamkan wangkepada komuniti Melayu yang terdiri daripada petani (penanam padi), pekebun kecil getah, penjawat awam dan golongan aristokrat. Komuniti Chettiar juga menjadi pemajak kawasan perlombongan, khususnya di negeri Perak dan Selangor.
Di samping itu, Chettiar juga telahnmenubuhkan beberapa bank dalam usaha memodenkan urusan peminjaman wang, memudahkan transaksi dan pengiriman wang serta melibatkan diri dalam pasaran saham. 
Kedudukan ekonomi komuniti Chettiar bertambah kukuh di sekitar tahun 1930-an apabila berlaku kemelesatan ekonomi yang telah menjejaskan perdagangan getah dan pendapatan pekebun kecil Melayu.

Chettiar telah memainkan peranan penting dalam kegiatan peminjaman wang di India sejak zaman klasik dan peranan tersebut lebih menonjol pada era pemerintahan British di India. Tekanan yang diberikan oleh British telah memaksa mereka mara ke dunia luar untuk menjalankan aktiviti dan Asia Tenggara telah menjadi tumpuan utama. Keupayaan Chettiar untuk memainkan peranan yang dominan dalam kegiatan peminjaman wang dan perniagaan banyak dipengaruhi oleh aspek sosiobudaya seperti kuil yang muncul sebagai 
institusi sosial, semangat kesukuan, institusi perkahwinan, kekeluargaan dan sistem nilai. 

Sistem sosiobudaya ini telah menyumbang dalam pengumpulan harta yang menjadi
sumber kewangan utama bagi komuniti Chettiar memulakan aktiviti peminjaman wang di India Selatan dan Asia Tenggara. 
Berasaskan kekuatan inilah Chettiar telah bergiat di Tanah Melayu mulai abad ke-19 sehingga negara mencapai kemerdekaan.
Hubungan perdagangan komuniti Chettiar dengan rantau Asia Tenggaratelah bermula sebelum kedatangan kuasa kolonial seperti yang dibuktikan melalui sumber inskripsi,
penulisan sarjana Tamil di India Selatan dan sumber Portugis. Semasa era Portugis dan Belanda di Asia Tenggara, kegiatan perdagangan komuniti Ceti tertumpu di Selat Melaka dan Pulau Sumatera. Walaupun dua kuasa Eropah ini mengamalkan polisi perdagangan yang berbeza terhadap komuniti Ceti bagi memelihara kuasa monopoli perdagangan di Asia Tenggara, tetapi ia tidak menjejaskan perjalanan aktiviti ekonomi komuniti Ceti.

Dalam sektor perdagangan beras pula,komuniti Ceti berperananpenting dalam meningkatkan jumlah eksport beras di Melaka. Chettiar di 
Pelabuhan Nagapattinam, telah mengeksport 26 kottais beras ke Melaka pada tahun 1525. Malah sebelum itu, sebanyak 10,946.429 gantang beras telah dieksport dari Malabar ke Melaka bermula dari 26 Maret 1512 sehingga 25 Februari 1514. Selain itu di Melaka,komuniti Ceti telah menukarkan tekstil dan beras yang dibawa dari Pantai Koromandel dengannrempah ratus yang berasal dari Pulau Banda, Jawa dan Sumatera serta emas yang berasal dari Melaka. Dalam hal ini, kemajuan Melaka pada abad ke-16 sebagai pelabuhan antarabangsa berkait rapat dengan kegiatan perdagangan tekstil dalam kalangan komuniti Ceti di Pantai Koromandel sehingga ke rantau AsiaTenggara. Kegemilangan kegiatan ekonomi komuniti Ceti semasa penguasaan Portugis di Melaka jelas dilihat ketika seorang pedagang keturunan Ceti dari Pantai Koromandel bernama Nina Chatu giat berdagang. Alfonso de Albuquerque dalam Commentaries telah menggambarkan Nina Chatu sebagai seorang Hindu, Governor of Quelijs (Chelings atau Keling) dan Chetins (Ceti) yang telah bermastautin di Melaka sebelum kedatangan Portugis. 
Menurut sumber Portugis, kebanyakan orang Keling yang menjalankan perdagangan di Melaka berasal dari keturunan Ceti. oleh hubungan baik beliau dengan pembesar pembesar Melayu dan juga pentadbir Portugis. Malah beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam usaha untuk membebaskan Lopez de Sequiera dan rombongannya pada tahun 1509, yang telah ditangkap oleh Bendahara Seri Maharaja kerana dikatakan bahwa de Sequiera berhajat untuk menawan Melaka. Nina Chatu telah menggunakan pengaruhnya untuk meyakinkan Sultan Melaka dan Bendahara Melaka bagi membebaskan de Sequiera serta rombongannya. 

Nama.          : Imam Rohaidi
Prodi.           : Hukum Ekonomi Syariah
NIM.             : 202105091
Mata Kuliah : Sejarah Ekonomi Dunia Melayu






Komentar

Postingan Populer